SEJARAH:
Memorial Negarawan menempatkan tujuh (7) orang tokoh pejuang kemerdekaan Malaysia yang terdiri daripada Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Antaranya, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock, TStatun V.T. Sambanthan, Tun Dr. Lim Chong Eu, Tun Datu Mustapha, Tun Fuad Stephens dan Tun Temenggung Jugah. Tokoh-tokoh tersebut turut mempunyai cerminan sejarah latarbelakang yang berlainan dari segi keterlibatan dalam politk, kehidupan sosial serta ekonomi.
Tujuan Memorial Negarawan ditubuhkan adalah untuk memperingati dan mengenang segala jasa dan sumbangan tokoh-tokoh Negarawan ini kepada bangsa dan negara. Untuk itu, bagi mengimbau sejarah perjuangan Wira Negara, Arkib Negara melaksanakan usaha memelihara kekal bahan memoribalia serta mempamerkan kepada masyarakat umum di Memorial Negarawan. Terdapat pelbagai koleksi bahan bersejarah yang dipamerkan seperti dokumen, artifak, gamba, keratan akhbar, pakaian, perabut, dan bahan koleksi peribadi tokoh. Konsep pameran dibahagikan kepada tujuh (7) galeri utama, (Aras B) menempatkan tiga (3) galeri iaitu Tun Datu Mustapha, Tun Fuad Stephens dan Tun Temenggung Jugah, (Aras G) menempatkan dua (2) galeri utama iaitu Tun Dr. Ismail Abdul Rahman dan Tun Tan Cheng Lock, dan (Aras 1) menempatkan dua (2) galeri utama iaitu Tun V.T. Sambanthan dan Tun Dr. Lim Chong Eu.
WAKTU LAWATAN:
9.00 pagi – 5.00 petang (Selasa-Ahad)
9.00 pagi – 12.00 tengah hari (Jumaat)
3.00 petang – 5.00 petang (Jumaat)
Tutup (Isnin)
BAYARAN MASUK:
Percuma
LOKASI: