SEJARAH:
Memorial Tun Abdul Ghafar Baba telah dibuka dengan rasminya pada 28 Februari 2006. Memorial ini adalah rumah Tun Abdul Ghafar Baba yang telah diubahsuai oleh beliau apabila dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka (1959-1967). Ruang pameran di Memorial Tun Abdul Ghafar Baba ini terbahagi kepada 2 bahagian utama iaitu bahagian bawah yang mempamerkan barang-barang peribadi beliau semasa menjawat jawatan sebagai wakil rakyat, Ketua Menteri Melaka, Menteri Kabinet seterusnya Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Di ruangan pameran tingkat atas pula, terdapat dua bilik tidur yang pernah digunakan oleh keluarga Tun Abdul Ghafar Baba. Selain itu bahan-bahan cenderamata, ucapan-ucapan, gambar, buku-buku, peti televisyen dan perabot asal yang pernah digunakan oleh beliau turut dipamerkan di ruangan ini.
WAKTU LAWATAN:
9.00 pagi – 4.30 petang (Selasa-Ahad)
9.00 pagi – 12.00 tengah hari (Jumaat)
3.00 petang – 4.30 petang (Jumaat)
Tutup (Isnin)
BAYARAN MASUK:
Percuma
LOKASI: