SEJARAH:
Dibuka pada 31 Ogos 1985, penubuhan memorial ini untuk mengenang dan memperingati jasa dan pengorbanan para pejuang kebebasan dan kemerdekaan tanah air membebaskan Negara dari cengkamam penjajah yang silih berganti.
Bahan-bahan pameran dipamerkan mengikut sektor-sektor iaitu Pengenalan dan Petuanan Melayu, Menghadapi Cabaran Kuasa Asing, Kebangkitan Semangat Kebangsaan, Menentang Malayan Union, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, Menghadapi Gerakan Komunis, Ke Arah Kemerdekaan, Kemerdekaan, Raja Berpelembagaan, Ketua Negara, Negeri dan Kerajaan dan Penubuhan Malaysia.
Pada asalnya bangunan ini adalah merupakan Kelab Melaka (Malacca Club) yang dibina pada tahun 1911. Bangunan in terletak betul-betul berhadapan dengan Padang Pahlawan iaitu tempat di mana Tuanku Abdul Rahman Putra mengisytinarkan tarikh kemerdekaan sekembalinya Rombongan Merdeka dari London.
WAKTU LAWATAN:
9.00 pagi – 5.00 petang (Selasa-Ahad)
9.00 pagi – 12.00 tengah hari (Jumaat)
3.00 petang – 5.00 petang (Jumaat)
Tutup (Isnin)
BAYARAN MASUK:
Percuma
LOKASI: