SEJARAH:
Rumah Kelahiran P. Ramlee yang terletak di No. 4A, Jalan P. Ramee, Pulau Pinang adalah merupakan tempat kelahiran Allahyarham. Rumah ini telah dibina pada tahun 126 oleh bapa P. Ramlee bersama-sama dengan bapa saudaranya Rejab bin Husin. Rumah ini telah dibaiki semula oleh bapa saudaranya semasa zaman pendudukan Jepun. Walaupun telah dibaiki rumah ini masih lagi dalam bentuk yang asal.
Skop Pameran terbahagi kepada dua (2) bahagian utama, iaitu menunjukkan living areas’ semasa Allahyarham menduduki rumah tersebut dan riwayat hidup. Allahyarham semasa di Pulau Pinang. Pameran adalah meliputi koleksi asal bahan-bahan Allahyarham semasa di Pulau Pinang dan pusaka — pusaka peninggalan keluarga Allahyarham. Pameran ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian Dalam dan Bahagian Luaran.
WAKTU LAWATAN:
9.00 pagi – 5.00 petang (Selasa-Ahad)
9.00 pagi – 12.00 tengah hari (Jumaat)
3.00 petang – 5.00 petang (Jumaat)
Tutup (Isnin)
BAYARAN MASUK:
Percuma
LOKASI: