SEJARAH:
Pada asalnya, tapak rumah ini pernah dimiliki oleh Che Manjalara, bonda YTM Tunku Abdul Rahman Putra yang dimasyurkan sebagai Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia. Tanah ini kemudiannya dihadiahkan kepada YTM Tunku Abdul Rahman. Semasa Pendudukan Jepun iaitu pada tahun 1942, YTM Tunku Abdul Rahman telah membina sebuah rumah papan di atas tanah ini. Rumah papan ini dikenali sebagai Rumah Jalan Baru. Pada tahun 1953, YTM Tunku Abdul Rahman telah menyediakan satu tapak baru untuk kediaman beliau di mana YTM Tunku Abdul Rahman telah mengangkat Rumah Papan yang dikenali sebagai Rumah Jalan Baru berkenaan menjadi tingkat atas rumah baru tersebut.
Pada tahun 1954, rumah ini telah dinamakan sebagai Rumah Merdeka oleh YTM Tunku Abdul Rahman atas nasihat sahabat — sahabatnya seperti Encik Senu Abdul Rahman, Encik Mohd. Khir Johari dan Encik Tan Cheng Lock. Kos membina Rumah Merdeka ini dianggar sebanyak RM20,000. Pada Pilihanraya Umum 1955, 1959, 1964 dan 1969, rumah ini menjadi tempat untuk YTM Tunku Abdul Rahman merancang strategi politik. Selain itu YTM Tunku Abdul Rahman banyak menghabiskan masa lapangnya untuk melakukan aktiviti penulisannya. Antaranya YTM Tunku Abdul Rahman telah menyiapkan skrip filem Raja Bersiong dan Mahsuri.
WAKTU LAWATAN:
9.00 pagi – 5.00 petang (Sabtu-Khamis)
Tutup (Isnin & Jumaat)
BAYARAN MASUK:
Percuma
LOKASI: