SEJARAH:
Memorial Tunku Abdul Rahman Putra telah dibuka pada 10 November 1994. Diwujudkan sebagai memperingati dan mengenang jasa dan sumbangan bakti Almarhum Tunku sebagai “Bapa Kemerdekaan” dan juga Perdana Menteri Malaysia yang pertama (1957-1970).
Terdapat sudut tayangan audio visual mengenai Almarhum Tunku. Memorial ini merangkumi tiga bangunan penting iaitu bangunan Residensi sebagai bangunan utama dan dua bangunan di kiri dan kanan Residensi yang dikenali sebagai Blok A di sebelah kiri dan Blok B di sebelah kanan.
Bangunan Residensi menjadi daya tarikan kepada pelawat kerana bangunan yang berusia lebih 120 tahun ini masih dikekalkan bentuk asalnya serta kedudukan susun atur dalamannya. Terdapat juga pameran di bahagian luar dimana yang paling menarik adalah kereta Cadillac Fleetwood 1959 yang digunakan oleh Almarhum Tunku dan ‘Kereta Merdeka! Kemudahan perpustakaan dan kedai cenderamata turut disediakan.
WAKTU LAWATAN:
9.00 pagi – 5.00 petang (Selasa-Ahad)
9.00 pagi – 12.00 tengah hari (Jumaat)
3.00 petang – 5.00 petang (Jumaat)
Tutup (Isnin)
BAYARAN MASUK:
Percuma
LOKASI: