SEJARAH:
Pustaka Peringatan P. Ramlee telah dibuka dengan rasminya pada 22 Mac 1985. Penubuhan pustaka ini adalah untuk mengenang jasa dan sumbangan Seniman Agung Tan Sri P. Ramiee terhadap dunia seni tanahair serta menggalakkan kajian dan penyelidikan dalam aspek seni dan budaya negara.
Bangunan Pustaka Peringatan P. Ramlee ini pada asalnya adalah bekas rumah kediaman beliau, Sesuai dengan taraf sebagai Seniman Agung, rumah ini telah diubsh suai dan dijadikan pustaka yang mempamerkan bahan-bahan dan makiumat mengenai Tan Sri P. Ramlee yang sememangnya sinonim dengan perkembangan seni muzik dan perfileman tanahair dalam era 50an. Malah filem.filem dan lagu-lagu beliau masin lagi diminati ramai sehingga kini.
Bahan-bahan yang dipamerkan di pustaka ini adalah berdasarkan kepada tema-tema tertentu bagi memudahkan pelawat mengenali Tan Sri P. Ramlee secara peribadi.
WAKTU LAWATAN:
10.00 pagi – 5.00 petang (Selasa-Ahad)
Tutup (Isnin)
BAYARAN MASUK:
Percuma
LOKASI: