SEJARAH:
Memorial Tun Abdul Razak telah dibuka dengan rasminya oleh Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Dato’Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 6 Mel 1982. Tujuan Memorial ini dibuka adalah untuk memperingati dan mengenang segala jasa dan sumbangan Allahyarham Tun Abdul Razak kepada bangsa dan negara.
Memorial Tun Abdul Razak mempunyai 2 Dewan Pameran di mana bahan-bahan arkib, gambar-gambar terutama mengenai lawatan Allahyarham Tun dalam dan luar Negara serta bahan-bahan muzium dan artifak dipamerkan untuk tatapan umum.
Dewan Pameran 1 dikenali dengan nama Bangunan Sri Taman. Bangunan ini merupakan rumah kediaman rasmi Allahyarham Tun Haji Abdul Razak mulai tahun 1962 hingga beliau meninggal dunia pada tahun 1976. Bangunan 2 tingkat ini mempunyai rekabentuk Californian Style’ Bahan pameran di Bangunan Sri Taman ini telah disusun dan ditempatkan semula mengikut sepertimana kedudukan asal semasa Allahyarham Tun Abdul Razak dan keluarga mendiami rumah ini.
WAKTU LAWATAN:
10.00 pagi – 5.30 petang (Selasa-Ahad)
10.00 pagi – 12.00 tengah hari (Jumaat)
3.00 petang – 5.00 petang (Jumaat)
Tutup (Isnin)
BAYARAN MASUK:
Percuma
LOKASI: