SEJARAH:
Memorial ini dirasmikan pada 10 Februari 2006, Memorial ini merupakan sebuah memorial kekal yang mempamerkan bahan-bahan berkaitan dengan Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ketiga. Konsep pameran memorial ini berdasarkan peristiwa mengikut kronologi dari awal termasuk era kepimpinan Tun Husein Onn sebagai Perdana Menteri hinggalah ke akhir hayat beliau.
Ruang pameran Memorial Tun Hussein Onn terbahagi kepada 3 aras. Lawatan pengujung akan bermula di aras 3 dengan pengenalan kepada Kompleks Intergrasi, Sejarah Awal Kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Objektif penubuhan Memorial Tun Hussein Onn. Sementara di aras 2 pula mengenai Biografi Salasilah kekeluargaan Tun Hussein Onn dan aras 1 pula mempamerkan bahan-bahan berkaitan Jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan oleh Tun Hussein Onn.
WAKTU LAWATAN:
10.00 pagi – 5.00 petang (Selasa-Ahad)
10.00 pagi – 12.00 tengah hari (Jumaat)
3.00 petang – 5.00 petang (Jumaat)
Tutup (Isnin)
BAYARAN MASUK:
Percuma
LOKASI: